fbpx

Teruja melihat latihan perbarisan ATM di ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar latihan perbarisan kontinjen ATM yang berlangsung di Dataran Mederka, Kuala Lumpur, hari ini.

PETALING JAYA – Latihan acara perbarisan yang disertai kontinjen daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 menjadi tumpuan orang ramai yang berada di sekitar ibu negara hari ini.

Menerusi satu klip video yang dimuat naik di laman sosial Muhammad Adam, menunjukkan perarakan tersebut yang sedang berlangsung ketika ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Berdasarkan video berdurasi kurang seminit itu, orang ramai dilihat teruja dan bersemangat melihat perarakan tersebut setelah dua tahun tidak diadakan secara fizikal ekoran pandemik Covid-19.

Lebih menarik, bukan sahaja pakaian dan senjata turut dibawa pada perbarisan, malah aksi ahli kontinjen melakukan balingan cokmar sentiasa membuatkan ramai bersorak dan memberi sokongan.

Sehubungan itu, rata-rata pengguna laman sosial juga bertambah semangat untuk meraikan Hari Kebangsaan 2022 susulan melihat pararakan kontinjen tentera yang merupakan perwira negara.

“Perarakan ATM buat saya semangat. Bila tengok depan-depan rasa meremang. Sayangnya tahun ini buat di Kuala Lumpur dan bukan di Putrajaya,” kata seorang pengguna.

“Baru latihan dah macam ini. Esok masa hari kejadian mesti lagi menarik. Memang kena pergi,” seloroh Arfa.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan ketiga-tiga cabang ATM iaitu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan mula melakukan latihan perbarisan dan penerbangan rendah di sekitar Pahang dan Kuala Lumpur mulai hari ini sehingga 31 Ogos.

Acara sempena Hari Kebangsaan 2022 itu turut melibatkan kontinjen daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI