POPULARITI yang diraih pelakon meningkat naik Meerqeen ternyata memberi tempias kepada ahli keluargannya, termasuk ibunya yang dikenali sebagai Suraida.
Masakan tidak, siaran langsung Instagram ibunya baru-baru ini dibanjiri dengan komen netizen yang terdiri daripada kalangan wanita yang juga peminat anaknya.
Lucunya, rata-rata komen yang diterima ialah permintaan ingin menjadi menantu Suraida atau dengan kata lain, mahu menjadi isteri kepada Meerqeen.
Sangat ramah melayan, Suraida memberitahu dia terbuka untuk menerima mana-mana wanita sebagai isteri Meerqeen dan tidak meletakkan sebarang syarat dalam hal tersebut.
“Saya nak masuk meminang anak mak ciklah dan hantaran senaskah al-Quran boleh?” gurau seorang netizen.
“Cantiknya ibu mentua onlineku,” komen seorang lagi netizen wanita.
Selain dari Malaysia, peminat wanita Indonesia turut membanjiri siaran langsungnya.