fbpx

Pink Venom bikin kecanduan tapi klise

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SATU hal utuh tentang Blackpink, mereka sememangnya terkenal dengan pemilihan ‘the best outfit’ dalam kebanyakan paparan video muzik.

KUMPULAN popular Blackpink memecah rekod peribadi apabila mencatat 100 juta jumlah tontonan dalam YouTube untuk single baharu mereka berjudul Pink Venom.

Rekod tersebut dicatat kumpulan itu hanya dalam masa 30 jam selepas dilancarkan pada 19 Ogos lalu.

Lagu berkenaan merupakan trek teratas dalam album terkini mereka berjudul Born Pink yang akan diluncurkan secara rasmi pada 16 September depan.

Sedang merajai carta trending dalam YouTube ketika ini, ada bermacam respons diberikan terhadap Pink Venom yang sehingga artikel ini ditulis, lagu berkenaan sudah mencatat sebanyak lebih 183 juta tontonan.

Secara jujurnya, Pink Venom tidak jauh berbeza dengan lagu-lagu hit terdahulu kumpulan itu contohnya seperti Kill This Love dan How You Like That. Bak kata sesetengah peminat muzik, ‘there is nothing new from them’.

Dari segi bunyi khususnya, saat pertama kali mendengar, telinga terus menangkap similariti lagu-lagu yang terdahulu sehinggakan ada terbit rasa sedikit tidak puas hati.

Memang benar, lagu-lagu mereka bersifat ‘trendy’ dan dalam erti kata lain, mudah mencari jalan meresap masuk ke dalam fikiran dan telinga pendengar, sama ada baik peminat tegar Blackpink mahupun bukan.

DI sebalik lirik yang mudah melekat dalam kepala, koreografi Pink Venom yang rancak juga mudah menyita minat pendengar muzik Blackpink.

Klise

Cuma selepas dua tahun menunggu, perasaan sama dirasai kebanyakan peminat Blackpink yang meluahkan rasa kecewa kerana penantian panjang mereka diakhiri dengan sesuatu yang tidak berubah.

Introduksi lagu yang memaparkan bahagian rap dinyanyikan Jennie kemudian disambung Lisa, seterusnya menonjolkan vokal feminin Rose dan Jisoo, itu sifir lama yang digunakan Blackpink untuk lagu-lagu terdahulu.

Malah bahagian pertengahan lagu yang menampilkan rap Lisa dan Jennie, sama dan tidak berubah.

Ibaratnya, Pink Venom tidak ubah ‘copy and paste’ templat karya terdahulu.

Tetapi tak dinafikan, ada perkara yang berjaya mengubah sedikit landskap lagu mereka dengan memaparkan elemen bunyi instrumen tradisional Gepmungo yang dimainkan Jisoo.

Biarpun dikritik tetapi Blackpink tetap Blackpink. Kurang apa sekalipun, mereka tetap teratas di dalam hati peminat. Masakan tidak, lagu berkenaan berjaya mencatat jumlah tontonan paling pantas bagi tahun ini.

Malah ada bahagian tertentu Pink Venom yang menjadi ‘eargasm’ dan berulang-ulang melekat dalam telinga, contohnya barisan lirik taste that pink venom, get em get ‘em get em, straight to ya dome like whoa whoa whoa, straight to ya dome like ah ah ah, dan ra tatata.

Single tersebut berjaya membuatkan peminat kecanduan, terutama rap tetapi Pink Venom sejujurnya gagal mencipta kelainan, sedangkan itulah yang diharapkan peminat.
Blackpink perlu hadir dengan sesuatu yang jauh berbeza daripada personaliti muzik mereka.

Mungkin itulah yang dimahukan penerbit lagu tersebut. Untuk menjadikan Pink Venom hit dalam platform media sosial khususnya TikTok dengan menjadikannya lagu tular tanpa perlu bertungkus-lumus meletakkan elemen muzik sewajarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI