fbpx

K-KOMM digesa siasat dakwaan bekas wartawan Bernama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wathshlah Naidu (tengah) bersama Sydney Yap (kiri) menunjukkan memorandum berkaitan isu pekerja yang beraitan dengan media di lobi K-KOMM di sini, hari ini. FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Dua pertubuhan pengamal media tempatan menggesa Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOM) menyiasat dan mendedahkan butiran berkait dakwaan seorang bekas wartawan berita Mandarin Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mengenai pemotongan gaji dan elaun serta kelewatan mengambil petugas baharu di Bernama TV.

Bekas wartawan, Sydney Yap Xi Ni yang hadir ditemani wakil daripada Centre for Independent Journalism (CIJ) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm) menyerahkan memorandum berkenaan kepada Pejabat Menteri K-KOMM dan diterima Pegawai Khas, A. Subash Chandrabose.

Pengarah Eksekutif CIJ, Wathshlah Naidu berkata, antara empat perkara utama yang dibangkitkan menerusi memorandum itu termasuklah gesaan siasatan serta merta berkait dakwaan Sydney Yap dan maklum balas yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang terbabit.

Menurutnya, K-KOMM digesa untuk meninjau semula dan menambah baik amalan pekerjaan serta pemberian kontrak sedia ada dalam kalangan agensi media, terutamanya agensi media kerajaan yang beroperasi melalui dana awam.

Selain itu katanya, K-KOMM turut digesa untuk mengiktiraf kepentingan peranan media berbilang bahasa dan memastikan pasukan media vernakular dibekalkan dengan sumber dan petugas yang mencukupi bagi memenuhi standard media terbaik selain membaik pulih dan mewujudkan Majlis Media Malaysia.

“Perkara ini memerlukan komitmen kerajaan untuk memainkan peranan yang aktif sebagai penguat kuasa serta menghapuskan sebarang bentuk diskriminasi dan kekerasan terhadap media,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi K-KOMM di sini hari ini.

Sementara itu, Sydney Yap yang tidak lagi berkhidmat di Bernama berharap para petugas lain di sana menerima keadilan yang sewajarnya susulan penyerahan memorandum berkenaan.

Pada masa sama, bekas wartawan itu turut mendakwa dia beberapa kali cuba untuk mengaturkan pertemuan bersama Pengerusi Bernama, Senator Datuk Ras Adiba Radzi namun ianya tidak berhasil.

Awal Ogos lalu, Sydney Yap menerusi laman Facebooknya mendakwa Bernama TV telah memotong gaji dan elaun serta lewat dalam pengambilan petugas baharu bagi menggantikan mereka yang telah berhenti kerana melanjutkan pelajaran dan mendapat tawaran di stesen televisyen lain.

Pada 11 Ogos, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Roslan Ariffin berkata, semua dakwaan petugas berstatus kontrak itu adalah tidak berasas dan menjelaskan bahawa berita Mandarin Bernama TV sebelum ini diterbitkan oleh sebuah syarikat swasta dengan Sydney Yap adalah salah seorang petugasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI