fbpx

Tiga lelaki diberkas angkara curi komponen kereta milik pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek disyaki sedang mencuri alat komponen kenderaan milik pelanggan yang diparkir di hadapan sebuah bengkel di Jalan Bukit Permai Utama, Taman Industri Bukit Permai, Ampang.

AMPANG JAYA – Polis memberkas tiga lelaki yang disyaki terlibat mencuri komponen kenderaan pada kereta milik pelanggan yang diparkir di hadapan bengkel kereta, Jalan Bukit Permai Utama, Taman Industri Bukit Permai, dekat sini pada 12 Ogos lalu.

Kesemua suspek warga tempatan berumur lingkungan 32 hingga 41 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan di daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kecurian disedari berlaku pada 12 Ogos lalu semasa pengadu (pemilik bengkel) sampai di bengkel kereta mendapati bateri dan tayar ganti pada tiga kereta milik pelanggan hilang.

“Selepas menerima laporan daripada pengadu, pihak polis memberkas tiga lelaki yang berumur lingkungan 32 hingga 41 tahun di Stesen Minyak Shell Jalan Pandan Indah 1/25 dan di blok BK Rumah Pangsa 610, Jalan Pandan Indah 5/20 Pandan Indah semalam.

“Kita turut merampas sebuah lori jenis Toyota Hiace, sehelai baju t-shirt warna putih dan beberapa peralatan membuka komponen kenderaan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil semakan mendapati suspek pertama mempunyai 10 rekod lampau manakala suspek kedua satu rekod dan suspek ketiga 12 rekod berkaitan jenayah dan narkotik.

Jelas beliau, suspek pertama dan kedua telah direman selama tiga hari sehingga esok manakala reman suspek ketiga selama empat hari sehingga 28 Ogos ini.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan yang merujuk kepada kesalahan mencuri mana-mana bahagian komponen kenderaan bermotor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI