fbpx

Keluarga halang anak kahwin lelaki punca terlanjur, elak hidup merana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Anak perempuan terlanjur mengandung bayi luar nikah, tetapi ibu bapa wanita itu tidak mahu dia berkahwin dengan lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab semata-mata untuk menutup malu.

Alasan mereka ialah perkahwinan tersebut akan menyebabkan anak perempuan mereka merana kerana menanggung ‘mayat hidup’ disebabkan lelaki itu tidak bekerja serta penagih dadah.

Kisah ibu bapa hebat tersebut diceritakan oleh pengamal perubatan swasta, Dr. Hannani Kamarudin berhubung situasi dihadapi seorang wanita berusia 21 tahun datang ke kliniknya bagi melakukan imbasan bayi.

“Dia datang dengan keluarga iaitu ibu bapanya. Saya tanya di mana ayah bayi dan jawab si ibu wanita tersebut, kandungan itu adalah luar nikah.

“Apabila saya tanya sama ada mengizinkan mereka berkahwin, ibu itu memberitahu jika dikahwinkan pun ia tidak akan menghalalkan bayi itu,” katanya pada hantaran video di media sosial.

Meneruskan cerita, beliau berkata, bapa kepada wanita itu memberitahu mereka sekeluarga telah menemui lelaki tersebut.

“Saya tanya kenapa tidak mahu kahwinkan mereka dan bapa wanita itu jawab, kalau dia hamilkan anak saya tanpa nikah, maksudnya dia ini orang tidak jujur dan tidak bertanggungjawab.

“Jawabnya lagi, anaknya masih belajar dan mungkin mereka buat silap, mereka ada buat dosa tetapi tidak perlu tutup malu suruh anak menanggung mayat hidup,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Hannani Kamarudin menyifatkan, jawapan ibu bapa wanita tersebut sangat hebat malah, beliau kagum dengan mereka.

“Kahwin ini komitmen panjang bukan sekadar menutup malu sahaja,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI