PETALING JAYA – Amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda beberapa kawasan di sembilan negeri sehingga pukul 10 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh Perlis dan Kedah melibatkan kawasan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik.
“Manakala di Perak, daerah yang terkesan adalah Bagan Datuk dan Hilir Perak diikuti Kelantan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
“Sementara itu di Terengganu akan berlaku di Besut. Seterusnya di Selangor, daerah yang terkesan adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat serta negeri Melaka,” tulisnya.
Tambahnya, negeri Johor turut terlibat di daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian diikuti Sarawak di Bintulu serta Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan WP Labuan.
MetMalaysia juga mengingatkan amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE