fbpx

Azerbaijan: Armenia perlu undur jika mahu perang tamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MOSCOW – Azerbaijan hari ini menyatakan Armenia perlu berundur dari wilayah bergolak Nagorny-Karabakh untuk menghentikan pertempuran sengit sejak beberapa hari lalu.

Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat serta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pernah meminta kedua-dua negara menghentikan pertempuran dan kembali ke meja rundingan.

“Jika Armenia mahu lihat situasi yang kian meruncing ini tamat, keputusan ada di tangan mereka,” kata pembantu hal ehwal asing kepada Presiden Azerbaijan, Hikmet Hajiyev.

“Armenia perlu menghentikan tindakan pendudukan di Karabakh. Ini sudah cukup,” tegasnya.

Pertempuran sengit antara tentera Armenia dan Azerbaijan tercetus pada Ahad lalu berhubung perebutan kawasan di Karabakh.

Hampir 200 orang termasuk orang awam terbunuh sepanjang pertempuran berdarah itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI