fbpx

ATM lakukan penerbangan rendah di Pahang, KL mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menjalankan koordinasi Terbang Lintas Hormat dan Segmen Udara melibatkan pesawat-pesawat udara milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena Hari Kebangsaan 2022 yang akan disambut pada 31 Ogos ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

TUDM dalam kenyataan berkata, kesemua pesawat udara tersebut akan mula melakukan latihan dan persiapan mulai esok (26 Ogos) sehingga 31 Ogos ini.

Menurutnya, sepanjang tempoh latihan sehingga hari sebenar, pesawat-pesawat itu akan melaksanakan penerbangan rendah dan taktikal.

“Ia membabitkan pesawat udara milik TUDM, Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta pasukan keselamatan dan penguatkuasa dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Selain itu, turut terlibat iaitu pesawat milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya hari ini.

Justeru, ujarnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas sekiranya melihat pesawat-pesawat tentera serta agensi keselamatan dan penguatkuasa melakukan penerbangan rendah.

“Ini kerana persiapan berkenaan boleh disaksikan di beberapa kawasan di sekitar Kuantan, Pahang dan Kuala Lumpur,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI