fbpx

Gelandangan hias bilik tidur di atas jejambat pejalan kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bilik tidur milik gelandangan di Ayutthaya sebelum dimusnahkan oleh polis. - TikTok

BANGKOK – Seorang gelandangan menjadi perhatian netizen apabila mengubah kaki lima sebuah jejambat pejalan kaki menjadi bilik tidurnya di wilayah tengah Thailand, Ayutthaya, lapor laman berita Thaiger, semalam.

Perkara tersebut didedahkan seorang pengguna TikTok yang kemudian menyebabkan ‘kediaman’ tersebut dimusnahkan pihak berkuasa.

Bilik itu dilengkapi dengan  katil yang diperbuat daripada bekas polisterin putih bersama bantal dan langsir untuk melindungi gelandangan tersebut daripada cahaya matahari.

Cawan plastik juga disediakan sebagai persiapan sekiranya ada orang ingin memberi wang kepada gelandangan itu untuk membeli makanan.

Sebilangan netizen yang tinggal berhampiran jejambat itu berkata, mereka berasa janggal kerana berasa seperti berjalan di dalam rumah seseorang.

Seorang pegawai dari Daerah Lebuhraya Ayutthaya, Thawat Changtham, memberitahu media bahawa pegawai polis memusnahkan ‘bilik’ itu bagi menyediakan ruang yang bersih dan selamat untuk pejalan kaki. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI