SETIAP inci tubuh Lisa Blackpink sememangnya akan diperhatikan. Bukan itu sahaja, setiap barangan yang digunakannya turut diperincikan peminat. Antaranya ialah beg berwarna merah daripada jenama antarabangsa, Chanel yan sering digayakannya.
“Saya memang gemar bergaya dengan beg tangan dan pengumpul koleksi edisi terhad pelbagai jenama,” ujarnya.
Difahamkan, beg tangan merah jenama Chanel yang digayakan Lisa rupa-rupanya berharga AS$5,800 (RM24,072).
Menariknya, penyanyi yang berasal dari Thailand itu turut melekatkan sebuah patung kecil sebagai aksesori pada beg tangan tersebut.