fbpx

EPL: Antony cari rumah di Manchester

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTONY dilapor sudah mengemukakan permohonan rasmi untuk meninggalkan Ajax ketika United sedang bersiap untuk mengemukakan bidaan baharu. – AFP

LONDON – Penyerang Ajax Amsterdam, Antony percaya bahawa perpindahannya ke Manchester United yang dijangka menelan belanja lebih £80 juta (RM423.79 juta) akan menjadi kenyataan dalam tempoh terdekat.

Ejen pemain berkenaan dilaporkan berada di London ketika ini untuk berurusan dengan Chelsea dalam urusan perpindahan Hakim Ziyech apabila Ajax menamakannya sebagai pengganti kepada Antony.

Selepas beberapa tawaran yang dikemukakan sebelum ini ditolak, United dipercayai akan mengemukakan tawaran baharu bernilai £76 juta (RM402.60 juta) bersama beberapa bayaran tambahan lain.

Laporan menyebut, pemain berusia 22 tahun berkenaan secara prinsipnya sudah bersetuju dengan tawaran selama lima tahun diberikan United dan wa­kilnya juga dilapor sedang mencari sebuah rumah di kawasan Cheshire untuk menjadi tempat tinggal pemain berkenaan.

Pakar perpindahan Eropah, Fabrizio Romano memberitahu bahawa Antony sudah mengemukakan permohonan rasmi kepada Ajax untuk meninggalkan kelab itu dan menyertai United.

Malah, dia juga tidak turun menjalani latihan pada hujung minggu lalu dan hanya menjadi penonton pada perlawanan Ajax menentang Sparta Rotterdam.

“Antony sudah memberitahu Ajax bahawa dia mahu menyertai Manchester United. Dia sa­ngat menginginkan perpindahan itu menjadi kenyataan. Dia begitu obses dengan Liga Perdana Inggeris dan United telah memberikannya peluang itu,” kata Romano. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI