fbpx

‘Tolong bantu saya dapatkan MyKad’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
uhammad Omar Mokhtar (tengah) ketika memperolehi keputusan cemerlang STPM di SMK Kubor Panjang, Pendang, Kedah.

PETALING JAYA – Seorang pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 buntu kerana masih tidak mempunyai MyKad bagi memudahkannya menyambung pelajaran dalam bidang perguruan.

Walaupun bapanya seorang warganegara Malaysia berasal dari Pendang, Kedah, namun tiada dokumen lengkap mengenai ibunya membuatkan status warganegaranya diragui.

Muhammad Omar Mokhtar Abdul Rahman, 20, yang mendapat keputusan STPM Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 berharap urusan memperolehi MyKad dipermudahkan kerana cita-citanya hendak menjadi seorang guru.

Katanya, sewaktu berusia 12 tahun dan mahu membuat permohonan MyKad, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati terdapat sedikit kesilapan pada sijil kelahirannya.

“Ia berkait biodata ibu kan­dung dan JPN memaklumkan, terdapat beberapa kemungkinan iaitu mungkin ibu bukan warga negara Malaysia atau ibu menggunakan kad pengenalan palsu.

“Selain itu, mungkin ibu menggunakan kad pengenalan orang lain atau ibu orang Sabah tetapi tiada kad pengenalan diri,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Dia yang kini tinggal di Pendang, Kedah berkata, JPN cuba mendaftarkan di bawah bapanya yang merupakan warganegara Malaysia, namun sijil pernikahan antara ibu bapa tidak dapat dikemukakan untuk bukti tersebut.

Muhammad Omar Mokhtar berkata, dia juga tidak dapat menghubungi ibunya serta tidak tahu keberadaannya dengan kali terakhir mereka berhubung ketika dia berusia lima tahun.

Ekoran masalah kewarganegaraan, dia perlu membayar levi setiap tahun sebanyak RM240 selain tidak berpeluang melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) walaupun memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 5A 3B 2C.

“Saya kemudian mengambil STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubor Panjang, Pendang selepas rayuan dan budi bicara Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah,” katanya.

Katanya lagi, bapanya bekerja kampung, manakala bapa angkat telah meninggal dunia dan ibu angkat pula pekerja pembersihan di hospital yang turut menanggung empat lagi anak iaitu sepupunya.

Sebelum itu, Muhammad Omar Mokhtar memuat naik isu tersebut dan tular di Twitter bagi mendapatkan maklum balas da­ripada Kementerian Dalam Ne­geri (KDN) memandangkan sudah menghantar dokumen tambahan diperlukan pada 2019.

“Sekarang ini proses tersebut dalam penelitian sama ada lulus atau tidak. Kalau lulus, saya boleh buat permohonan MyKad.

“Jika tidak lulus, perlu membuat rayuan sekali lagi. Ketika kali pertama dahulu, saya perlu menunggu empat atau lima tahun, jadi berharap ia akan diluluskan oleh KDN,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI