fbpx

EPL: Alexander-Arnold belum jadi beban Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEXANDER-ARNOLD berdepan masalah prestasi ketika ini apabila dianggap menjadi punca benteng Liverpool mudah dibolosi. – AFP

LIVERPOOL – Bekas pe­nyerang England, Darren Bent menyifatkan prestasi pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold kini merosot dan mula ketinggalan berbanding pemain lain di posisi sama seperti Kyle Walker dan Reece James.

Selepas gagal membantu The Reds memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan positif, Bent menyifatkan tiga perlawanan awal menunjukkan pemain lawan sudah mula dapat mengeksploitasi kelemahan Alexander-Arnold.

Walaupun cemerlang ketika membantu serangan hingga diangkat sebagai pertahanan kanan terbaik, Bent yang pernah beraksi bersama Tottenham Hotspur dan Aston Villa tetap merasakan situasi sekarang harus dipandang lebih serius.

Bagaimanapun, pengurus Li­verpool, Jurgen Klopp enggan terlalu melayan segala kritikan terhadap Alexander-Arnold dan tetap merasakan pemain itu sebagai pertahanan terbaik yang dimilikinya.

“Sudah tentu saya tidak faham situasi sekarang dan saya tidak fikir yang saya akan meng­ubahnya. Jika dia tidak mampu melakukan tugasan bertahan, dia tidak akan bermain di tempat itu.

“Dia makin meningkat termasuk ketika melakukan tugasan bertahan, tetapi dia masih muda dan boleh diperbaiki. Saya tegaskan yang kua­liti bertahan Alexander-Arnold tidak menghadirkan masalah buat kami,” katanya.

Untuk rekod, Alexander-Arnold sudah pun memiliki 17 kaps bersama skuad The Three Lions dan kini terpaksa ber­saing dengan Walker, James dan Kieran Trippier bagi mengisi slot ke Piala Du­nia di Qatar hujung tahun ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI