fbpx

EPL: Pep Guardiola belum sedia lepaskan Bernardo Silva

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SILVA (tengah) mengakui berminat untuk menyertai Barcelona, namun City belum bersedia untuk kehilangan khidmatnya. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola tidak rela berdepan masalah besar sekiranya bersetuju untuk melepaskan Bernardo Silva ke Barcelona pada jendela perpindahan musim panas kali ini.

Walaupun mengakui Silva begitu mengimpikan untuk me­nyarung jersi Barcelona, Guardiola menegaskan tempoh masa yang ada ketika ini mungkin akan menyukarkan City untuk merea­lisasikan hasrat itu apabila perlu mendapatkan pemain baharu.

“Kami masih lagi mengiktiraf Bernardo dan saya tidak mahu dia meninggalkan pasukan. De­ngan apa yang dilakukan, dia adalah seorang pemain berkua­liti buat City.

“Seperti saya katakan, saya tidak mahu pemain berasa tidak gembira. Jika tawaran menarik hadir dan dia juga mahu keluar, kita lihat saja apa akan jadi.

“Namun, jika dia keluar daripada pasukan ketika ini, ia pasti menjadi masalah kerana jendela perpindahan akan ditutup tidak lama lagi,” katanya.

Sepanjang jendela perpindahan kali ini, Barcelona sudah pun berbelanja besar apabila membawa masuk Robert Lewandowski, Raphinha dan Jules Kounde.

Sementara itu, pengendali Barcelona, Xavi secara terang-terangan begitu berharap mampu membawa masuk Silva ke Camp Nou.

“Siapa yang tidak sukakan Bernardo Silva? Sama juga de­ngan Kevin De Bruyne dan Erling Haaland, namun buat masa ini belum ada sebarang berita me­ngenai perpindahannya.

“Dia adalah seorang pemain yang saya suka, namun segalanya bergantung kepada City,” ujar­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI