fbpx

Terus terlantar selepas tiga kali diserang angin ahmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasmah (kiri) menguruskan suaminya yang terlantar akibat diserang angin ahmar ketika ditemui di rumah mereka di RKT Kesedar Paloh 2, Gua Musang baru-baru ini.

GUA MUSANG – Seorang buruh kampung yang dahulunya aktif melakukan pekerjaan kini terlantar akibat lumpuh selain tidak mampu bercakap selepas tiga kali terkena serangan angin ahmar atau strok sejak setahun lalu.

Mat Nazer Mohd. Nor, 54, ­sebelum ini menjadi tonggak keluarga kini hanya mampu menghabiskan masa dengan terlantar di atas katil dan dijaga sepenuh­nya oleh isterinya, Hasmah Yaakub, 56.

Hasmah berkata, suaminya mula terkena serangan angin ahmar kira-kira dua 20 tahun lalu, namun masih boleh sembuh se­perti sediakala selepas itu.

Katanya, serangan kali ketiga dan paling teruk berlaku setahun lalu sekali gus menyebabkan suaminya tidak mampu lagi bekerja.

“Ketika terkena serangan kali pertama, kami membawa suami berjumpa doktor dan membuat rawatan terapi sehingga dia boleh berjalan.

“Selepas itu, kali kedua suami terkena ketika menebas. Sera­ngan kali ketiga berlaku ketika sedang tidur pada tahun lalu sehingga dia tidak boleh berjalan, malah tubuh bahagian kirinya tidak mampu bergerak,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 2 di sini.

Menurut Hasmah, sejak suaminya sakit, mereka sekeluarga kini bergantung hidup atas sumbangan keluar­ga dan masyarakat setempat selain bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan.

Katanya, bantuan tersebut tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan membeli susu dan lampin pakai buang suaminya termasuk tiga anak yang masih bersekolah.

“Suami memerlukan bantuan saya untuk menjalani rutin seharian seperti mandi, menukar lampin, makan dan minum kerana dia sudah tidak dapat menguruskan diri sendiri.

“Selain keadaan kesihatan suami, saya kini dirundung kebimbangan kerana tidak mampu memenuhi keperluan persekolahan tiga daripada empat anak yang masih bersekolah mene­ngah,” katanya.

Orang ramai yang ingin ­menghulur sumbangan kepada Hasmah boleh menghubunginya di talian 016-965 0105 atau menerusi akaun Bank Simpanan Nasional miliknya 03020-41-00009093-1 bagi meringankan beban keluarga berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI