fbpx

Najib dipenjara, jadi azimat buat UMNO lebih kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

PETALING JAYA – Keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan denda kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sesekali melemahkan parti UMNO.

Sebaliknya kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kisah itu akan menjadi azimat penguat untuk semua ahli terus bersama dan lebih bersemangat dalam berjuang.

Kata beliau, ramai yang menjangkakan api kemaraan UMNO akan terpadam dengan pemenjaraan Najib Razak.

“Kisah Najib Razak bukanlah pengakhiran kepada perjuangan mengembalikan kemakmuran di bumi Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.

Ahmad Zahid berkata, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), ramai menyatakan UMNO telah tiada dan sudah berakhir.

Katanya, mereka mahu menamatkan terus riwayat UMNO, namun berkat keazaman bersama kita berjaya menghalanginya.

“Selepas gagal dan melihat kebangkitan UMNO, mereka mahu menguasai (hijack) parti terbesar orang Melayu ini. Mahu memperkudakan UMNO untuk menjamin kedudukan politik, kuasa dan jawatan mereka yang kian lemah.

“Namun berkat keazaman pemimpin dan ahli UMNO yang setia, sekali lagi bersama kita berjaya menghalanginya,”ujarnya.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, beliau bersyukur ke hadrat Ilahi kerana para pimpinan UMNO yang setia kepada perjuangan UMNO tidak tunduk dan mengalah.

“Termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah begitu banyak berjasa kepada UMNO yang kini dipenjarakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI