fbpx

Suri rumah maut dalam kejadian langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suri rumah, Habakhozah maut dalam kejadian langgar lari di Jalan Bukit Kechil, Tikam Batu dekat Sungai Petani pada semalam.

SUNGAI PETANI – Seorang suri rumah maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh sebuah kereta dari arah belakang dalam kejadian langgar lari di Jalan Bukit Kechil,Tikam Batu dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 tengah hari itu, mangsa, Habakhozah Azmi, 46, dari Kampung Perlis, Simpor di sini meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke Kampung Sungai Pasir dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5.

“Mangsa dipercayai dirempuh sebuah kereta jenis Honda Civic yang dikatakan dipandu laju oleh seorang lelaki berusia 23 tahun di laluan sama.

“Akibat rempuhan kuat itu, mangsa terpelanting ke tengah jalan dan digilis kereta sama menyebabkan mangsa meninggal dunia serta-merta,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zaidy, pemandu kereta terbabit bertindak melarikan diri sebelum kereta berkenaan ditemui ditinggalkan di Taman Teluk Baiduri kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi kejadian.

“Semakan mendapati pemandu yang melarikan diri itu dikenal pasti sebagai Muhamad Asraf Rosli yang merupakan seorang penganggur.

“Kita bertindak mengesan suspek di rumah ibu tirinya di Kampung Simpor, namun gagal menemuinya dan dimaklumkan dia tidak pulang ke rumah sejak lima hari lalu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI