fbpx

Peliklah, nyanyi tegak, tak gelek pun orang kecam – Baby Shima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BABY SHIMA

PETALING JAYA – “Tengoklah sendiri, saya menyanyi berdiri tegak tak gelek pun orang kecam kata saya propa acah baik dan suci.”

Demikian respons spontan penyanyi dangdut kontroversi, Baby Shima berhubung kecaman netizen yang tidak henti-henti diterimanya ketika menjayakan sebuah persembahan baru-baru ini.

Shima berkata, dalam undangan persembahannya di Perak baru-baru ini, dia membuat keputusan untuk tidak mahu bergelek ketika menyanyi lagu Pura-Pura Bujang selepas teruk dikecam netizen sebelum ini berhubung isu tarian gelek melampau.

“Memang saya menyanyi dalam keadaan berdiri tegak tanpa gelek seperti biasa anda lihat tu.

“Saya ambil positif teguran semua pihak dan ambil pendekatan untuk menyanyi saja tanpa gelek. Namun, itu membuatkan peminat kecewa dan ada yang marah saya usai persembahan.

“Kesudahannya anda tengok sendiri, saya tetap kena marah dan dikecam juga. Apa salah saya dan apa apa yang mereka mahukan sebenarnya?,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Shima atau nama sebenarnya Nur Ashima Ramli, 30, ketika persembahan sempat bergurau dengan pengunjung yang hadir dan rata-rata pelik apabila dirinya tidak bergelek seperti kebiasaaan.

Terdahulu, sebuah portal hiburan memaparkan luahan peminat yang kecewa dengan persembahan Shima yang dianggap kurang menyengat tanpa goyang gerudi daripadanya.

Melalui perkongsian seorang pengguna TikTok, kehadirannya ke festival tersebut adalah untuk melihat Shima bergelek secara ‘live’ namun hasratnya tidak kesampaian.

“Kesian juga dia ni. Buatlah apa pun tetap kena kecam. Gelek kena kecam, tak gelek kena kecam.

“Dah kalau dia gelek kena marah dan hamun pula berbulan-bulan. Tak gelek pun kena juga. Agaknya kalau dia solat berjemaah secara live (langsung) dekat Masjidil Haram pun mungkin kena kecam juga,” tulis mereka.

Sebelum ini, episod demi episod kecaman diterima Shima turut menuai teguran daripada beberapa pendakwah terkenal yang menyifatkan tindakan penyanyi kelahiran Permas Jaya, Johor Bahru itu sebagai keterlaluan serta tidak pernah serik mengejar kontroversi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI