fbpx

UMK kibar Jalur Gemilang setinggi 130 meter di udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Razli (tengah,berbusana hitam) memotong tali kekunci belon untuk melepaskan Jalur Gemilang sebelum ia berkibar di ruang udara UMK Kampus Bachok hari ini. - FOTO: TOREK SULONG

BACHOK – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok di sini mengibarkan Jalur Gemilang setinggi 130 meter menggunakan belon udara sempena sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini.

Naib Canselor UMK, Profesor Dr. Razli Che Razak berkata, bendera tersebut akan terus berkibar di ruang udara UMK Kampus Bachok sehingga sambutan Hari Malaysia pada 16 September depan.

Menurutnya, belon yang membawa Jalur Gemilang itu dilepaskan sempena gimik perasmian Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat UMK hari ini.

“Sempena pelancaran hari ini, seramai 500 warga UMK memakai busana tradisional Melayu malah mereka berarak mengelilingi UMK Kampus Bachok dengan menaiki kuda dan berjalan kaki membawa panji-panji.

“Selain itu, sebanyak 20 kawah bubur asyura dimasak secara bergotong-royong di tiga kampus UMK secara serentak iaitu Kampus Kota, Kampus Bachok dan Kampus Jeli sebagai simbolik bersatu padu dan saling bantu-membantu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat UMK Bachok di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Dr. Razli, seramai 15,000 penuntut tiga kampus UMK juga digalakkan untuk mengibarkan Jalur Gemilang untuk menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini.

Katanya, UMK turut menganjurkan persembahan tradisional, pidato dan akustik yang melibatkan kerjasama penuntut bersama penduduk setempat mempersembahkan lagu-lagu patriotik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI