fbpx

Rosmah hadir beri sokongan kes perbicaraan Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datin Seri Rosmah Mansor hadir memberi sokongan kepada suaminya yang menghadiri perbicaraan kes 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di sini hari ini. - FOTO: SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor hadir mengikuti perbicaraan Datuk Seri Najib kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion di Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini

Isteri bekas perdana menteri itu tiba dengan kenderaan Proton Perdana bewarna hitam tanpa diiringi pegawai polis pada pukul 12.20 tengah hari, tadi.

Baru-baru ini, Kosmo! melaporkan hari ini merupakan kali pertama Najib muncul di mahkamah menjalani hukuman penjara selama dua hari di Penjara Kajang.

Selain hari ini, esok Najib sekali lagi akan dibawa daripada penjara ke Mahkamah Tinggi di sini bagi menghadiri perbicaraan kes meminda laporan audit 1MDB bagi mengelakkan dirinya dikenakan tindakan undang-undang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI