PETALING JAYA – Pelakon Remy Ishak memohon doa orang ramai untuk mendoakan kesihatan ibunya yang kini sedang bertarung nyawa di Hospital Melaka.
“Emak saya sedang kritikal di Hospital besar Melaka.
“Mohon jasa baik semua mendoakan untuk emak saya Basrah Md Deris,” ciapnya dalam laman Twitter miliknya tanpa memberitahu penyakit yang dihidapi ibunya itu.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengguna laman platform itu turut mendoakan agar ibu Remy diberikan kesembuhan dan sihat seperti sedia kala.
“Allahu, semoga ibu diberikan kesembuhan. Jangan putus doa semangatnya melawan ujian Allah ini.
“Ya Allah sembuhkanlah penyakitnya. Angkatlah segala sakit yang sedang dialami. Berikanlah dia kesembuhan sebaik-baiknya.
“Semoga emak abang Remy kuat dan abang juga kena kuat hadapi ujian berat ini,” tulis pengikut.
Terdahulu sekitar 2018, hasrat pelakon filem Sanggar itu untuk membawa ibunya bercuti ke luar negara terpaksa dilupakan apabila ibunya dimasukkan ke hospital akibat masalah jantung bengkak. – KOSMO! ONLINE