fbpx

Polis Perak diminta jaga integriti, jangan salah guna kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusri (kiri) beramah mesra dengan barisan Ketua Polis Daerah pada Majlis Perhimpunan Khas Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh hari ini.

IPOH – Ketua Polis Perak yang baharu, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berazam untuk memberi perkhidmatan terbaik bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negeri ini kekal terkawal.

Mohd. Yusri, 52, berkata, bagi mencapai tujuan itu, kerjasama erat antara polis dan masyarakat amat diperlukan bagi membantu pasukan keselamatan itu mencegah dan membanteras jenayah.

Malah katanya, pegawai dan anggota polis juga diingatkan agar menjaga integriti mereka dengan tidak terlibat dengan sebarang kegiatan tidak sihat yang akan mencalarkan imej pasukan.

“Saya nasihatkan pegawai dan anggota agar menjaga integriti dan kewibawaan dengan tidak menyalah guna kuasa yang ada dan melakukan penyelewengan.

“Tindakan sedemikian pastinya akan menjejaskan dan mencalarkan imej pasukan polis,” katanya dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Khas Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yusri, selaku pemimpin baharu Kontinjen Perak, beliau mahu memastikan warga polis di negeri ini memiliki keterampilan dan imej fizikal yang baik sebagai petugas barisan hadapan.

Katanya, mereka juga perlu peka dan memahami dengan jelas tugas yang dipikul bagi memastikan peranan yang dipegang dapat dilaksanakan secara profesional.

“Saya seorang yang ‘simple dan transparency’. Jika betul saya cakap betul, jika tidak saya cakap tidak.

“Jika ada keperluan atau perkara yang mahu dibincangkan bagi mempertingkatkan penugasan pasukan, saya sedia terima kunjungan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI