fbpx

Mahkamah: Najib tiba perbicaraan kes 1MDB pakai sut biru gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak dibawa masuk ke dalam Mahkamah Tinggi di sini bagi perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion.

Najib yang memakai sut biru gelap masuk ke Mahkamah Tinggi itu melalui laluan khas Orang Kena Tuduh (OKT) pada pukul 10.42 pagi.

Dalam kes 1MDB di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah Najib diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Najib berdepan empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Terdahulu Najib tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini pukul 8.30 pagi dengan menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) diiringi anggota polis dan Jabatan Penjara.

Hari ini merupakan kali pertama Najib muncul di mahkamah selepas menjalani hukuman penjara dua hari di Penjara Kajang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI