PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 menunjukkan penurunan kepada 2,636 kes semalam dengan lima kes import berbanding 2,722 kes kelmarin sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia sebanyak 4,727,125 kes.
Berdasarkan data pada laman web CovidNow, kes aktif Covid-19 di seluruh negara merekodkan negatif 581 kes dengan jumlah kumulatif kes aktif kini sebanyak 34,970 kes.
Sejumlah 3,206 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 kini seramai 4,694,041 orang.
“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 791 kes diikuti Perak (283), Sabah (265), Kuala Lumpur (231), Negeri Sembilan (161), Kedah (124), Sarawak (120), Pulau Pinang (112), Melaka (109) dan Johor (106).
“Turut menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 semalam adalah Kelantan (85), Putrajaya (82), Pahang (75), Terengganu (71), Labuan (11) dan Perlis (10),” demikian perkongsian data di laman web tersebut hari ini.
Pada masa sama, sebanyak 16 kematian dilaporkan dengan lima kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,177 dan BID 7,689.
Sebanyak 33,500 kes dikuarantin di rumah, 24 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,379 kes di hospital, 31 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 36 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE