PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan ribut petir di empat negeri di Semenanjung pada pagi ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia, ia melibatkan beberapa tempat di kawasan pantai di Kedah dan Pulau Pinang serta satu dua tempat di Perlis dan Perak.
“Dalam masa sama, hujan dilaporkan di satu dua tempat di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta satu dua tempat di kawasan pantai Selangor.
“Hujan turut dilaporkan di Labuan serta satu dua tempat di Sabah (pedalaman, pantai barat, Tawau, Sandakan dan Kudat),” ujarnya hari ini. -KOSMO! ONLINE