fbpx

Tidak hentam PM hanya bincang soal PRU – Ahmad Said

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Said.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menjelaskan mesyuarat Biro Politik UMNO semalam hanya membincangkan soal Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bukan menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya,  mesyuarat tersebut tidak membincangkan tentang Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini menjalani hukuman penjara setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri itu dalam kes SRC International Sdn. Bhd baru-baru ini.

“Pada mesyuarat kali ini, kami tidak langsung mempertikaikan Datuk Seri Ismail Sabri yang juga turut bersama kami pada mesyuarat kali ini.

“Mesyuarat hanya membincangkan soal PRU sahaja,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Biro Politik UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini malam tadi.

Turut hadir Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, dan Ahli Majlis Tertinggi, Tan Sri Noh Omar.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Namun, jelasnya, tarikh keramat PRU-15 masih lagi menjadi teka-teki.

“(Setakat hari ini) saya tidak tahu (bila tarikh PRU-15 akan diadakan). Saya mohon maaf,” katanya ringkas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI