fbpx

EISKL 2022 tonjol potensi industri sukan terhadap pembangunan ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bagi menonjolkan potensi dan sumbangan industri sukan terhadap pembangunan ekonomi negara, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menganjurkan Ekspo Industri Sukan Kuala Lumpur 2022 (EISKL 2022) pada Oktober ini.

Ekspo dengan tema “Industri Sukan Pemangkin Ekonomi Negara” yang akan berlangsung pada 6 hingga 9 Oktober itu diadakan di Tempat Letak Kereta Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Menurut KBS, EISKL 2022 menghimpunkan semua penggiat dan pemain industri sukan terdiri dari pelbagai segmen antaranya seperti peruncitan dan pengurusan fasiliti yang akan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal bin Datuk Azumu.

“Ia menampilkan pelbagai acara menarik seperti pameran dan jualan peralatan, produk, perkhidmatan sukan, persidangan industri sukan, dan bermacam acara sampingan yang menarik serta karnival jualan trak makanan,”

Tambah KBS, penganjuran EISKL 2022 turut dibantu oleh agensi-agensi di bawah KBS serta
rakan penganjur dan strategik lain dari organisasi swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan Pusat Pengajian Tinggi Awam.

“Orang ramai yang berminat untuk menyertai EISKL 2022 melalui pembelian reruai jualan, menyertai persidangan serta pelbagai acara yang ditawarkan, boleh menghubungi Sekretariat Industri Sukan.

“Boleh menghubungi Sekretariat Industri Sukan, Ahmad Saferi Saari (0125352846) atau Azizi Azran Abdullah di nombor telefon (0199503206) untuk butiran lanjut,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI