fbpx

Polis ‘berkas’ nenek usia 100 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepasukan polis ‘dikejarkan’ ke pusat jagaan Narracan Gardens Residential Aged Care bagi menunaikan hasrat Bickenton. – Facebook Polis Victoria

MELBOURNE – Polis Australia ‘menahan’ seorang nenek berusia 100 tahun pada majlis  sambutan hari lahirnya bagi memenuhi hasrat warga emas itu sendiri, lapor laman berita LadBible semalam.

Bekas jururawat tentera, Jean Bickenton, dikatakan mempunyai hasrat yang belum ditunaikan selama ini, iaitu diberkas polis.

Justeru, ketika hari lahirnya yang ke-100, sepasukan polis ‘dikejarkan’ ke pusat jagaan Narracan Gardens Residential Aged Care bagi menunaikan hasrat wanita berkenaan.

Menurut Bickenton, sepanjang hidupnya, dia tidak pernah mabuk, ditahan, kehilangan lesen memandu atau melanggar mana-mana undang-undang.

“Saya terkejut apabila anggota polis tersebut bertindak dengan lemah-lembut. Namun, mereka agak besar untuk saya,” katanya.

Sementara itu, polis negeri Victoria pada akaun Facebook berkata, sebaik sahaja mendapat tahu mengenai hasrat Bickenton, mereka teruja untuk menjadikannya satu kenyataan.

Sejurus tiba di kemudahan jagaan warga tua tersebut, polis memberitahu penghuni lain bahawa ia merupakan rancangan sambutan hari lahir bagi memastikan tiada sebarang masalah akan timbul.

“Menurut Bickenton, ia merupakan satu daripada sambutan ulang tahun kelahirannya yang terhebat. Kami rasa berbangga kerana dapat membantu menjadikan impiannya satu kenyataan,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN