fbpx

4 pelancong Machu Picchu maut bas jatuh gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bas persiaran tersebut yang terjunam ke dalam gaung. – AFP

LIMA, PERU – Empat pelancong terbunuh, manakala 15 yang lain cedera apabila sebuah bas persiaran terjunam sejauh 100 meter  ke dalam gaung semasa dalam perjalanan pulang dari lokasi pelancongan popular, Machu Picchu, lapor akhbar The Sun.

Kemalangan tersebut berlaku Ahad lalu apabila sebuah bas mini yang dinaiki kesemua mangsa terbabas.

Pihak berkuasa berkata, tiga daripada mangsa yang maut merupakan warganegara Colombia manakala mangsa keempat merupakan rakyat Peru.

Mangsa-mangsa lain yang cedera terdiri daripada warganegara Perancis, Argentina, Greece, Belanda dan Sepanyol selain seorang dari Israel.

Pemandu bas turut cedera dalam kemalangan itu.

Kemalangan tersebut berlaku  kira-kira 99 kilometer dari bandar Cusco yang merupakan lokasi pelepasan utama untuk pelancong yang melawat Machu Picchu.

“Terdapat kabus ketika kemalangan berlaku,” kata Menteri Perniagaan Luar, Roberto Sanchez.

Tambahnya, sebilangan pelancong yang cedera akan dipindahkan ke ibu negara Peru, Lima menggunakan pesawat tentera.

“Kami rasa berdukacita atas kematian pelancong-pelancong tersebut dan meluahkan ucapan takziah kepada waris mereka,” ujarnya.

Machu Picchu yang merupakan lokasi pelancongan utama di Peru,  dibina pada abad ke-15 sebagai tempat perlindungan agama Inca. Ia terletak di hutan Amazon bahagian tenggara Peru pada ketinggian hampir 2,438 meter. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI