fbpx

1001 cara menang hadiah mingguan Liga Fantasi Kosmo!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga daripada lima pemenang Liga Fantasi Kosmo! pada minggu ketiga.
ISKANDAR ABDUL HALIM

Tuah Halim menang dua kali Liga Fantasi

TUAH kali kedua buat Iskandar Abdul Halim dari Taman Alam Perdana, Kuantan apabila sekali lagi menjadi lima pemenang mingguan bagi saingan Liga Fantasi Kosmo! 2022/23 untuk saing­an minggu ketiga (GW3).

Biarpun berdepan kesibukan kerja harian sebagai operator dasar laut luar pesisir di Sabah tetapi ia sama sekali tidak menghalangnya untuk mencorak strategi terbaik buat pa­sukan i5 Futbol Federation.

Lebih manis, kejayaan memungut mata tertinggi pada GW1 dan GW3 membolehkan Halim unggul di tangga teratas Liga Fantasi Kosmo! 2022/23.

“Ini kali pertama saya sertai Liga Fantasi dan tak sangka pasukan saya sekali lagi muncul dengan mata tertinggi kali ini.

“Rahsia saya untuk minggu ini adalah kekalkan tiga serangkai Arsenal dan Salah sebagai kapten,” katanya.

 

MUHAMMAD AMIN ZAKI AMIRUDIN

Selepas sepupu, Amin jadi pemenang

JIKA minggu lepas sepupunya, Radzi Shamsuddin muncul pemenang mingguan Liga Fantasi Kosmo!, kini giliran Muhammad Amin Zaki Ami­rudin pula menjadi pengurus bertuah menerusi pasukannya, Locosto Blopper.

Setiap minggu, Muhammad Amin dan Radzi saling bertukar pendapat mengenai pemain tepat serta berpotensi meraih mata kepada pa­sukan untuk dibawa masuk.

“Lihat semula hadiah yang ditawarkan, yuran penyertaan RM50. Susah nak jangka, ada orang kata pemain ini bagus dan ada orang lain kata ia tidak berbaloi.

“Kalau ikutkan, saya tidak ada rujuk mana-mana portal dan pemilihan pemain dibuat selepas bincang dengan sepupu. Selepas itu pilihan dibuat mengikut pasukan mana yang akan main dan selebihnya ikut kata hati.

“Untuk minggu ketiga kali ini, saya bawa masuk Rodrigo. Minggu lepas sepupu saya menang (Tentera Berkuda) dan kali ini, Alhamdulillah giliran saya pula,” katanya dari Taman Keramat, Kuala Lumpur.

 

YUZAIRI RAHIM

Yuzairi ibarat pengurus pro pada penampilan sulung

KESETIAAN kepada pemain pilihan seperti Ivan Perisic, Marcus Rashford dan Aleksandar Mitrovic menjadi percaturan berbaloi pengurus Yuzairi Rahim yang muncul salah seorang pemenang ming­guan Liga Fantasi ­Kosmo! minggu ketiga.

Malah, keputusan untuk memasukkan Rodrigo bagi menggantikan Philippe Coutinho nyata menjadi percaturan berbaloi buat pasukan Yuza ketika pemain Leeds United itu berjaya menampung mata Gabriel Jesus yang kurang menjadi.

“Ini pertama kali saya sertai Liga Fantasi Kosmo! dan asalnya suka-suka. Terus terang saya katakan saya korbankan minggu pertama dan kedua tetapi masih menaruh kepercayaan kepada Perisic, Rashford, Mitrovic dan Jesus.

“Walaupun saya peminat Manchester United, saya tetap ambil Mohamed Salah kerana bintang Mesir ini antara pemain berpotensi sumbang mata. Kita tahu perseteruan United dan Liverpool, tetapi tidak salah untuk saya pilih pemain lawan,” katanya yang berasal dari Taman Keriang Permai, Changlun, Kedah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN