fbpx

Lelaki Algeria serang anggota polis mempunyai masalah mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Algeria yang ditahan selepas menyerang dua anggota polis di pondok pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan tukul besi semalam dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, suspek yang merupakan gelandangan berusia 30 tahun itu kini sedang menjalani pemeriksaan kesihatan mental di hospital.

“Sementara itu, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini dan telah mendapat arahan untuk dituduh di bawah Seksyen 353 dan 447 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Suspek akan dituduh selepas dibenarkan keluar dari wad psikiatri Hospital Kuala Lumpur dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Terdahulu, akhbar melaporkan seorang lelaki warga Algeria ditahan selepas menyerang dua anggota polis di pondok pengawal menggunakan tukul besi dan menceroboh IPK Kuala Lumpur, awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.40 pagi itu, suspek datang ke pondok pengawal dan cuba bertanyakan sesuatu kepada seorang anggota yang menjalankan kawalan.

Jelasnya, suspek secara tiba-tiba mengeluarkan tukul besi dan mengetuk kepala anggota terbabit sebelum mengejar anggota lain yang membawa senjata jenis HK MP5.

Tambahnya, selepas mencederakan seorang anggota, suspek berlari masuk ke dalam kawasan IPK dan mengejar seorang lagi anggota dipercayai untuk merampas senjata api dibawa anggota terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI