fbpx

Kes tipu sudah jadi barah di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
SHARKAWI LONDING
WAKIL KOSMO! JOHOR

MINGGU lalu kecoh di media sosial apabila simpanan berjumlah RM13,000 milik Dr. Rafidah Abdullah lesap. Beliau melahirkan rasa kecewa apabila kejadian itu berlaku pukul 2 hingga 2.30 pagi.

Menurut doktor pakar itu, wang simpanannya dipindahkan menerusi tiga transaksi mencurigakan tanpa pengetahuannya, malah mendakwa bank terbabit tidak menyekat transaksi berkenaan selain tiada Kod Kebenaran Transaksi (TAC) melalui telefon bimbit berdaftar diterima beliau.

Isu scammers ini bukan perkara baharu, malah penjenayah siber ini sudah aktif sejak sekian lama, namun semakin aktif sejak kebelakangan ini dan boleh dikatakan sudah menjadi barah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din sebelum ini memberitahu, sejak 2018 hingga Mei lalu, sejumlah RM2.3 bilion kerugian dicatatkan angkara aktiviti sindiket peni­puan.

Menurut beliau, kira-kira 41,986 individu ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 24,249 pertuduhan dilakukan di mahkamah dalam tempoh sama.

Persoalannya, sampai bila ‘penyakit barah’ ini dapat dibendung kerana sindiket penipuan semakin hari semakin bermaharalela dan dengan senang-lenang sakau duit mangsa.

Tiada penyelesaian konkrit bagi menyelesaikan masalah ini daripada pihak kerajaan khususnya Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) ataupun Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SKM).

Bagi Penganalisis Pertahanan dan Jenayah, Muhammad Fuad Mat Noor, hampir 99 peratus sindiket penipuan menggunakan perkhidmatan komunikasi dalam talian menerusi alat komunikasi seperti telefon mudah alih.

Persoalannya, bagaimana dengan tahap keselamatan pangkalan data pengguna terutama melibatkan alat komunikasi terjamin?

“Di Malaysia, terdapat syarikat-syarikat berasaskan teknologi terutama melibatkan perisian komputer yang menawarkan perkhidmatan yang dipanggil sebagai ‘media mining’, kemungkinan ada yang menjual rangkaian pangkalan data pengguna kepada scammers.

“Dengan ‘media mining’ ini, senang dan mudah untuk meng­akses maklumat seseorang individu atau syarikat. Sebagai contohnya, kita masukkan nombor kad pengenalan dan nama, maka akan keluar segala maklumat dan data terutamanya melibatkan penggunaan alat komunikasi.

“Apa jaminan kerajaan untuk mengawal masalah ini?” soalnya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Oleh itu, beliau turut mencadangkan pihak kerajaan menerusi SKM supaya menubuhkan satu pasukan khas yang dibarisi oleh pakar-pakar siber untuk mengekang pergerakan scammers ini.

“Kita merujuk semula kes perang antara Israel yang menceroboh dan merampas Pa­lestin pada 13 Mei tahun lalu sebagai misalnya, pasukan penggodam Malaysia dapat menggodam 120 laman sosial Israel sehingga memaksa pengendali menutup laman tersebut.

“Di sini jelas membuktikan negara kita mempunyai kepakaran dalam teknologi perisian komputer. Apa salah jika kerajaan atau pihak tertentu menggunakkan peruntukan untuk merekrut pakar bagi mengesan scammers ini.

“Persoalannya, siapa yang jadi dalang di sebalik ba­nyaknya kes-kes penipuan ini, begitu mudah untuk melakukan kerja melesapkan wang simpanan pendeposit dalam bank,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI