fbpx

Lebih 100 daerah di Lebanon berkurung esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIRUT – Lebanon mengumumkan perintah berkurung di 111 buah kampung dan bandar selama satu minggu selepas negara itu menyaksikan peningkatan kes jangkitan harian koronavirus.

Pengumuman itu dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri Lebanon hari ini.

Langkah itu diambil selepas satu bantahan besar-besaran terhadap perintah berkurung di seluruh negara pada Ogos lalu pada ketika Lebanon berdepan krisis ekonomi paling buruk sejak beberapa dekad lalu.

Bermula pagi esok, Ahad dan tempoh lapan hari akan datang, penduduk di perkampungan yang tersenarai diarahkan duduk di rumah dan pemakai pelitup muka jika perlu keluar, menurut satu kenyataan daripada kementerian itu.

BACA >> Letupan Berganda Gegarkan Beirut

Institusi-institusi kerajaan dan tempat beribadat akan ditutup tetapi pusat-pusat kesihatan dan khidmat penghantaran akan dikecualikan.

Ketua di sebuah hospital awam besar Beirut, Firass Abiad menyokong pendekatan baharu membabitkan ‘dari satu daerah ke daerah lain’.

“Ini akan membantu mengenal pasti titik-titik panas dan (pelaksanaan) pendekatan lebih berfokus berhubung langkah-langkah sekatan. Ini satu alternatif terbaik berbanding perintah berkurung secara menyeluruh,” katanya di Twitter.

Kes jangkitan Covid-19 melonjak selepas letupan berganda di pelabuhan Beirut pada 4 Ogos lalu, mengorbankan lebih 190 orang serta menjejaskan perkhidmatan kesihatan di ibu kota Lebanon.

Lebanon merekodkan 40,868 kes Covid-19 sejak Februari lalu, termasuk 374 kematian. – AFP

BACA >> Pelabuhan Tripoli Ganti Beirut

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI