fbpx

Guardian Suria KLCC berwajah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Soren Lauridsen (depan, tiga kiri) diiringi oleh kakitangan Guardian melancarkan cawangan pusat produk kecantikkan dan kesihatan Guardian yang dibuka di Suria KLCC hari ini. Foto oleh AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan ulang tahun ke-53 Guardian di Malaysia, premis utamanya di Suria KLCC di sini telah berwajah baharu dan dilengkapi ciri-ciri menarik untuk mengukuhkan lagi statusnya sebagai destinasi farmasi, kesihatan dan kecantikan paling popular.

Reka bentuk dalaman Guardian Suria KLCC itu lebih segar dan menarik dengan semua kemasan direka bentuk agar mesra pengguna selain dapat memberikan pengalaman membeli-belah yang mengujakan.

Antara ciri-ciri istimewa yang terdapat di Guardian Suria KLCC ialah teknologi imbasan usia kulit Eucerin yang dikenali sebagai DermaAnalyser untuk membantu pelanggan memahami kulit mereka dengan lebih baik.

Di sudut produk Maybelline pula, dipasang Augmented Reality Filter yang menampilkan solekan makeover maya untuk membantu pelanggan memilih produk solekan terbaik bersesuaian dengan mereka.

Skrin sesentuh yang menawarkan khidmat panduan kepada pelanggan untuk membeli produk kecantikkan ketika sesi lawatan produk pada majlis pelancaran cawangan pusat produk kecantikkan dan kesihatan Guardian yang dibuka di Suria KLCC hari ini.

Tidak ketinggalan terdapat bahagian khas untuk produk penjagaan kulit, kosmetik dan penjagaan rambut Korea serta Jepun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty, Asia Tenggara, Soren Lauridsen, kedai konsep baharu itu mencerminkan sasaran Guardian untuk terus berkembang melangkaui jangkaan pelanggan.

“Sebagai peneraju dalam farmasi, kesihatan dan kecantikan runcit, Guardian Malaysia telah memberi respons pantas kepada perubahan dengan tawaran nilai terbaik untuk barangan keperluan harian pelanggan.

“Segar dan menarik, para pelanggan kami akan teruja mendapati kebanyakan perubahan yang dilakukan pada stor adalah berdasarkan maklum balas yang mereka berikan,” katanya ketika merasmikan pelancaran wajah baharu Guardian Suria KLCC hari ini.

Petugas produk Loreal, Ayu Amani (kanan) menunjukkan demonstrasi penggunaan gincu secara maya di paparan skrin kepada kakitangan Guardian, Aqilah Muhammadi ketika sesi lawatan produk pada majlis pelancaran cawangan pusat produk kecantikkan dan kesihatan Guardian yang dibuka di Suria KLCC hari ini.

Di samping itu, sempena sambutan ulang tahun Guardian Malaysia, turut dilancarkan peraduan Sambutan Ulang tahun Fit & Fab dengan tawaran hadiah menarik menerusi cabaran #GuardianFITnFAB di TikTok yang akan berlangsung pada 16 Oktober sehingga 15 November.

Pemenang akan menerima hadiah-hadiah menarik seperti iPhone 11 Pro Max, pengering rambut Dyson Supersonic, SONY PlayStation 4 dan lapan hadiah sagu hati iaitu baucar Guardian bernilai RM500 setiap seorang.

Selain itu, di stor-stor terpilih dalam tempoh tertentu, setiap pelanggan pertama yang berbelanja minimum sebanyak RM53 akan menerima Kotak Hadiah Ulang Tahun Guardian bernilai RM153 yang mengandungi produk-produk istimewa daripada penaja-penaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI