fbpx

Projek tanah penyebab henti tugas sementara LRA Batang Kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sampel air keruh dari lokasi projek pembukaan tanah sebuah premis perniagaan pembangunan hartanah di Hulu Sungai Tamu

SHAH ALAM – Projek pembukaan tanah diusahakan sebuah premis perniagaan pembangunan hartanah di bahagian Hulu Sungai Tamu disyaki menjadi penyebab henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Batang Kali dekat sini, semalam.

LRA berkenaan terpaksa dihenti tugas sementara pukul 1 pagi ekoran kekeruhan air mentah.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati terdapat aliran kekeruhan keluar daripada kolam tadahan milik premis berkenaan yang mengalir masuk ke Sungai Tamu.

Katanya, pemantauan pematuhan akan dijalankan LUAS bagi aktiviti kerja tanah berkaitan di premis tersebut.

“Tindakan kompaun akan dikenakan kepada premis berkenaan sekiranya berlaku ketidakpatuhan yang disyaki menjadi punca henti tugas sementara LRA Batang Kali ekoran insiden kekeruhan sumber air mentah,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, LUAS memaklumkan, pihaknya yang menjalankan pemantauan dan rondaan di hulu Sungai Batang Kali sehingga ke pertemuan Sungai Kedondong mendapati berada dalam keadaan baik dan normal.

Tambahnya, bacaan dan persampelan diambil di lokaliti tersebut juga mencatatkan bacaan normal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI