fbpx

EPL: Prestasi benteng cabaran buat Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESTASI benteng pertahanan meresahkan Liverpool apabila sudah bolos lima gol dalam tiga perlawanan setakat ini. – AFP

LONDON – Bekas bintang Manchester United, Roy Keane merasakan kualiti ketika bertahan dan pertelingkahan di atas padang menjadi dua aspek yang perlu dipandang serius oleh Liverpool musim ini.

Berdasarkan tujuh aksi ter­akhir Liga Perdana Inggeris termasuk tiga perlawanan musim ini, prestasi benteng pertahanan Liverpool menimbulkan persoalan apabila mereka kerap membenarkan pasukan lawan memperoleh jaringan terlebih dahulu.

“Jika saya Jurgen Klopp, saya akan berasa bimbang dan fikir Virgil Van Dijk mampu lakukan lebih baik. Kita juga dapat lihat pertengkarannya dengan James Milner.

“Memang situasi ini boleh berlaku, tetapi ia kelihatan sudah melebihi daripada kebiasaan,” katanya.

Setakat tiga aksi awal, Liverpool sudah pun melepaskan lima gol dan jumlah itu cukup berbeza berbanding apa yang pernah dipamerkan pada permulaan musim lalu, hanya bolos sekali.

Ketika insiden pertelingkahan itu, Milner secara terang-tera­ngan mengkritik Van Dijk kerana gagal melakukan halangan ke­pada Jadon Sancho yang meledak gol pertama United.

Bagaimanapun, Klopp sebelum ini menepis segala khabar angin yang mengatakan hubu­ngan kedua-dua pemain itu mula retak.

Sementara itu, Andy Robertson juga turut merungut yang Li­verpool gagal menghadirkan permainan sebenar dan menyifatkan situasi sekarang memberikan permulaan sukar buat pasukan.

“Kami tidak boleh lagi ketinggalan terlebih dahulu. Hanya me­raih dua daripada sembilan mata awal bukan permulaan yang kami mahukan dan kami perlu ambil tanggungjawab ini secara kolektif,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI