fbpx

Lewandowski pemain terbaik Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI menunjukkan dua anugerah dimenanginya iaitu pemain terbaik dan penyerang terbaik Liga Juara-Juara bagi saingan musim 2019/2020. – AFP

GENEVA – Kecemerlangan Ro­bert Lewandowski sepanjang musim lalu dengan membantu Bayern Munich menjuarai gela­ran trebel akhirnya berbaloi apabila dinobatkan sebagai pemain terbaik Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) musim 2019/2020.

Penyerang prolifik Poland itu berjaya meledak 55 gol daripada 47 perlawanan dalam semua kejohanan musim lalu, selain memainkan watak utama terhadap kejayaan Bayern menjuarai gela­ran Bundesliga, Piala Jerman dan Liga Juara-Juara.

“Anugerah ini cukup istimewa buat saya selepas bekerja keras sepanjang musim lalu. Terima kasih buat rakan-rakan sepasukan dan barisan kejurulatihan kerana tanpa mereka, saya tidak akan memenangi anugerah ini,” kata Lewandowski.

Bintang berusia 32 tahun itu berjaya menewaskan rakan sepasukannya yang juga kapten Bayern, Manuel Neuer dan pemain tengah Manchester City, Kevin de Bruyne untuk meme­gang status sebagai pemain terbaik benua Eropah.

Lewandowski kini menyertai senarai pemenang-pemenang edisi terdahulu antaranya tonggak pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk yang memenanginya pada musim 2018/2019, Luka Modric (2017/2018) dan Cristiano Ronaldo (2016/2017).

Bekas penyerang Borussia Dortmund itu juga menjadi pilihan utama untuk memenangi Ballon d’Or jika anugerah itu tidak dibatalkan ekoran penularan pandemik Covid-19.

Kejayaan itu pastinya membakar semangat Lewandowski untuk membantu Bayern selaku juara Eropah bagi menghadapi saingan Kumpulan A Liga Juara-Juara selepas diundi bersama Atletico Madrid, RB Salzburg dan Lokomotiv Moscow. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI