fbpx

Jabatan penjara nafi Najib diberi layanan VIP di Kajang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jabatan Penjara nafikan layanan istimewa dalam penjara Kajang

PETALING JAYA – Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan berhubung bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diberi layanan istimewa di penjara.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook hari ini, jabatan itu meminta penyebaran maklumat palsu berhubung kemudahan di penjara untuk orang kenamaan (VIP) dihentikan segera.

Jabatan Penjara turut melabelkan siaran gambar yang kononnya adalah sel bagi VIP dengan kemudahan selesa adalah berita palsu.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung dakwaan kemungkinan layanan VIP diberikan kepada Najib di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukumannya penjara 12 tahun berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd semalam.

Berita berkaitan: Najib tiba di Penjara Kajang

Berita berkaitan: Najib mohon maaf jika keputusan tak berpihak padanya

Perkara tersebut tercetus apabila seorang pengguna Facebook memuat naik gambar sebuah bilik mewah dengan mendakwa ruang berkenaan digunakan untuk tahanan VIP.

Katanya, sel bagi VIP tidak sama seperti bilik banduan biasa kerana mempunyai akses kepada kemudahan televisyen, internet serta dilengkapi alat penyaman udara dan tilam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI