fbpx

Lelaki diberkas curi tong sampah Roro, jual secara online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. ZAID

KAJANG – Polis memberkas seorang lelaki tempatan selepas dipercayai mencuri dan menjual tong sampah pukal (Roro) yang diperoleh di tempat kerjanya di Taman Jasmin, di sini pada 10 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengurus syarikat sewa tong sampah Roro yang mendakwa 13 tong itu hilang dari simpanannya di Balakong, Selangor.

“Sebanyak lima unit tong Roro bersaiz 60 sentimeter dan lapan unit bersaiz 121 sentimeter bernilai RM58,500 dicuri.

“Susulan itu, kita menahan seorang lelaki berusia 29 di daerah ini serta empat lelaki tempatan yang mengaku membeli tong tersebut secara online bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Zaid, hasil siasatan dan semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati suspek merupakan pekerja di syarikat itu mengeluarkan tong Roro dari tempat simpanan.

“Suspek memaklumkan dia mengiklankan tong Roro menerusi aplikasi jual beli online sejak Mei hingga Julai lalu.

“Sebanyak 13 tong telah dijual di sekitar Selangor dan Perak dengan harga RM2,500 hingga RM5,000 seunit.

“Kita sedang mengesan saki-baki individu yang terlibat dengan kes berkenaan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI