fbpx

Semangat Najib tidak pudar, perjuangan UMNO tetap segar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahid Hamidi.

PETALING JAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hukuman penjara yang dikenakan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai peledak semangat partinya untuk terus berjuang.

Tegasnya, inilah peledak semangat kepada UMNO untuk bangkit serta terus mara ke hadapan.

“Kami percaya ada malam yang gelap pasti akan ada siang yang cerah. Masa akan menentukan segalanya. Buat Najib Razak dan ahli UMNO sekalian ingatlah ayat 40 surah al Taubah, ‘Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita’.

“Marilah kita bersama-sama bersolidariti. Susah dan senang Datuk Seri Najib kita tetap bersama. Kita akan bertindak rasional terus akur dengan kehendak keputusan parti. Biro Politik akan diadakan dalam masa paling terdekat,” ujarnya sebentar tadi.

Dalam pada itu, Zahid berkata, Najib juga pernah meluahkan mengenai kekuasaan kehakiman yang ditekan ke atas dirinya yang didakwa tidak adil.

“Kami berada di luar dan dalam mahkamah tadi turut berasa sangat hiba, ada yang sebak dan teresak-esak menangis dari hati yang luhur, namun ini tidak bermakna kami berputus asa.

“Semoga Datuk Seri Najib diberikan ketabahan dan kekuatan dalaman dalam menghadapi dugaan ini. Sebagai pejuang tulen tidak mudah beliau patah semangat berjuang,” katanya.

Tambah Zahid, bak kata ungkapan Usman Awang, di belakang duri di depan api. UMNO tak bisa undur lagi duri dan api, tajam panasnya akan dihadapi, kebulatan ikrar tak akan berubah.

“Maka ayuh kita bangkit mengharungi onak dan duri, api perjuangan kita terus semarakkan. Marilah kita bangkit bersatu hati dan tenaga agar perjuangan Datuk Seri Najib terus menyala-nyala,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI