fbpx

Najib tidak pernah berganjak – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi.

PETALING JAYA – Meskipun menghadapi pelbagai tekanan sejak dari awal proses pendakwaan, Datuk Seri Najib Razak tidak pernah berganjak, malah tegas berkali-kali mahu membersihkan nama beliau di mahkamah tanpa sekalipun meminta untuk kesnya dibuang atau digugurkan.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bekas Perdana Menteri itu hanya konsisten meminta agar mendapat peluang dibicarakan secara adil (fair trial).

“Jauh sekali untuk dibandingkan dengan pengalaman 22 bulan ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah, yang menyaksikan sejumlah besar kes-kes pemimpin mereka begitu mudah digugurkan oleh bekas Peguam Negara Tommy Thomas.

“Rakyat tidak pernah lupa bagaimana sistem keadilan diperkotak-katik melalui amalan pendakwaan politik terpilih dan campur tangan jelas dalam sistem kehakiman seperti pengguguran kes rasuah banglo Lim Guan Eng.

“Jenayah fitnah Rafizi terhadap Tabung Haji, ADUN DAP yang terlibat pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), kes penipuan dan hasutan pemimpin PH yang telah didakwa, semuanya digugurkan walaupun mahkamah sudah mula bersidang,” ujarnya.

Walaupun begitu, Asyraf berkata, pihaknya menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan walaupun tetap rasa terkilan kerana ruang untuk mantan Perdana Menteri mempertahankan dirinya terutama usaha untuk mengemukakan bukti-bukti baharu.

“Sudah tentu sukar untuk menyembunyikan rasa sayu, sedih dan dukacita dengan keputusan akhir Mahkamah Persekutuan hari ini.

“Walaupun berat hati untuk menerimanya, tetapi inilah keputusan yang telah dibuat setelah Datuk Seri Najib Razak melaluinya dengan penuh cekal dan hemah.

“Buat keluarga Datuk Seri Najib, bertabahlah, bersabarlah dengan dugaan yang menimpa hari ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI