fbpx

Harga tiket cecah ribuan, Kak Ani kata berbaloi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraniza Idris bakal mengadakan konsert sulung di Istana Budaya pada 21 hingga 23 Oktober 2022.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Noraniza Idris tidak merasakan harga tiket konsert Malai Solo yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 21 hingga 23 Oktober depan terlalu mahal seperti yang diperkatakan ramai pihak.

Ujar Noraniza atau mesra disapa Kak Ani, dia merasakan harga yang diletakkan itu adalah berbaloi dengan persembahan yang bakal dipersembahkan nanti.

Bahkan, harga tiket yang dijual juga di dakwa tidak banyak beza dengan harga konsert penyanyi lain yang pernah diadakan sebelum.

“Mahal ke? Saya rasa macam okey harga tersebut. Lagipun saya sudah buat rujukan harga tiket konsert penyanyi lain sebelum ini.

“Harga tiket biasanya antara RM250 hingga RM1100. Jadi saya hanya tambah sedikit saja daripada harga yang pernah diletakkan penyanyi lain.

“Lagipun nilai yang saya tetapkan berbaloi dengan persembahan yang bakal disajikan kerana saya menggunakan pengarah muzik, sejumlah penari yang ramai serta teknologi terkini untuk memeriahkan lagi persembahan,”katanya kepada Kosmo! Online.

Noraniza yang ditemui ketika majlis sidang media Konsert Malai Solo Noraniza Idris di Istana Budaya, hari ini turut mengumumkan penerimaan dana sebanyak RM3 juta daripada sebuah syarikat hartanah.

“Alhamdulillah saya rasa lega apabila dana ini dapat menampung kos keseluruhan Konsert Malai Solo. Bagaimanapun saya masih mengalu-alukan penaja lain yang ingin membantu membiayai konsert ini,” ujarnya.

Dianjurkan oleh NIPV Managament Sdn Bhd, konsert berdurasi selama dua jam itu bakal menyaksikan Noraniza menyanyikan 24 buah lagu termasuk medley yang merangkumi lagu-lagu berentak Irama Malaysia dan etnik kreatif.

Tiket yang dijual sejak 19 Ogos lalu bermula RM299 hingga RM1599. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI