fbpx

IOI City Farm sasar 180,000 pengunjung setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu lagi tarikan baharu yang bersesuaian untuk semua peringkat umur bersantai.

PUTRAJAYA – Tarikan terbaharu di IOI City Mall di sini, IOI City Farm menyasarkan sehingga 180,000 pengunjung dalam tempoh setahun pertama pembukaannya.

IOI City Farm merupakan taman hiburan dan pembelajaran dalam pusat beli-belah untuk kanak-kanak mengenal tumbuh-tumbuhan serta haiwan yang bakal dibuka kepada umum Khamis ini.

Melalui ruang pameran seluas 18,000 kaki (1,672 meter persegi), taman yang menelan belanja RM10 juta itu memiliki tiga zon iaitu Greenland, Little Rimba dan Freshwater World.

Ketua Runcit IOI City Mall, Chris Chong berkata, IOI City Farm merupakan kebun hiburan dan pembelajaran pertama seumpamanya di negara ini dan tarikan berkenaan mampu memuatkan sehingga 250 pengunjung dalam satu-satu masa.

“Kami menganggarkan pe­ngunjung akan menghabiskan masa antara 45 minit dan satu jam di sini, dengan jangkaan 1,500 hingga 2,000 pengunjung pada hari minggu dan musim cuti persekolahan.

“Dengan sasaran antara 10,000 dan 15,000 pengunjung sebulan, kami mengunjurkan ia mampu menarik sekitar 120,000 hingga RM180,000 dalam setahun pertama pembukaannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sesi bersama media di sini semalam.

Menurut Chris, IOI City Farm yang menyasarkan anak-anak kecil melengkapi penawaran lain di IOI City Mall dan merupakan sebahagian daripada pembangunan fasa kedua pusat beli-belah berkenaan yang turut meliputi pusat konvensyen serta pusat sukan.

“Kami memiliki penawaran untuk kanak-kanak yang lebih dewasa seperti gelanggan luncur ais serta Adventure Park.

“Jadi, pembukaan kebun dalam bandar ini membolehkan kami menyasarkan segmen pengunjung yang berbeza,” ujarnya.

Tiket masuk ke IOI City Farm dijual pada RM48 untuk kanak-kanak dan RM37 bagi golongan dewasa untuk hari biasa, manakala pada hari minggu, ia dijual pada RM58 bagi kanak-kanak dan 48 untuk dewasa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI