fbpx

Najib akan jumpa rakyat semula pada usia 81 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib (tengah) berjalan masuk selepas prosiding berehat seketika pada perbicaraan rayuan sabitan dan hukuman penjara kesnya berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta di Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan kembali bertemu dengan orang ramai pada usia 81 tahun apabila lengkap tempoh hukuman selama 12 tahun yang dikekalkan ke atasnya oleh Mahkamah Persekutuan, Putrajaya hari ini.

Najib yang dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang kini berusia 69 tahun.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas perdana menteri keenam itu pada prosiding yang Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Selain Hakim Tengku Maimun panel lain yang turut bersidang bersama-sama panel lain yang turut yang mendengar prosiding hari ini ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah terhadap tujuh pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta dan memerintahkan Najib dipenjara 12 tahun dan didenda sebanyak RM210 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI