fbpx

Kes demam denggi Thailand meningkat hampir dua kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BANGKOK – Rakyat Thailand dinasihatkan mengambil langkah tambahan untuk mencegah gigitan nyamuk berikutan kes demam denggi meningkat hampir dua kali ganda pada bulan lalu, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Pihak berkuasa kesihatan menyuarakan kebimbangan mengenai ancaman wabak denggi pada musim tengkujuh ini.

Pada 11 Julai lalu, Jabatan Kawalan Penyakit (DDC) Thailand merekodkan sebanyak 9,437 kes demam denggi sejak awal tahun ini. Menjelang 16 Ogos lalu, jumlah kes bagaimanapun meningkat kepada 17,412.

Pada Julai juga, DDC melaporkan lapan kematian akibat demam denggi sejak awal tahun ini di negara berkenaan. Menjelang 16 Ogos, jumlah kematian turut meningkat kepada 14 orang.

Wilayah dengan jumlah kes denggi tertinggi ialah Mae Hong Son, Chiang Mai, Ubon Ratchathani, Tak dan Si Saket. Jabatan itu melaporkan bahawa penyakit demam denggi kebanyakannya ditemui dalam kalangan orang dewasa.

DDC menjangkakan penularan demam denggi semakin meningkat selaras dengan kitaran wabak penyakit yang biasanya meningkat pada musim hujan.

Gejala demam denggi muncul antara dua hingga tujuh hari termasuk demam panas, sakit kepala, sakit badan, ruam dan bintik merah kecil pada kulit. 

Gejala lain termasuk loya, muntah, sakit perut, dan hilang selera makan.

Ketua Pengarah DDC, Dr. Opas Karnkawinpong mengesyorkan penduduk untuk mengalihkan tempat pembiakan nyamuk di kediaman dengan memastikan rumah sentiasa kemas, menyimpan barang dalam keadaan teratur dan meningkatkan kemasukan cahaya matahari. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI