fbpx

[VIDEO] Hujan renyai iringi perjalanan Najib ke Penjara Kajang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

PUTRAJAYA – Hujan renyai selain cuaca mendung di langit Mahkamah Persekutuan di sini seakan mengiringi laluan keluar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Penjara Kajang selepas disabitkan bersalah dalam kes penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn. Bhd. tadi.

Difahamkan, Najib dilihat meninggalkan perkarangan Mahkamah Persekutuan dengan menaiki kereta Volvo hitam kira-kira pukul 5.44 petang.

Kenderaan berwarna hitam dipercayai membawa Najib keluar dari Mahkamah Persekutuan. – FOTO FAISOL MUSTAPA

Turut dilihat mengiringi kenderaan Najib ialah beberapa kenderaan polis di mana mereka menggunakan laluan lain dan bukannya laluan keluar utama Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan laluan keluar mahkamah di mana rata-rata penyokong dan pengamal media berada di situ.

Difahamkan, Najib akan di bawa ke Penjara Kajang selepas hukuman ke atasnya dibacakan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Terdahulu, Najib kekal dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta oleh Mahkamah Persekutuan di sini sebentar tadi.

Keputusan sebulat suara itu (unanimous) dibuat panel lima hakim yang diketuai Tengku Maimun.

Dalam penghakimannya, ketika membaca keputusan itu Hakim Tengku Maimun mendapati keputusan Hakim Mahkamah Tinggi dan panel-panel Hakim Mahkamah Rayuan sebelum ini adalah selamat dan tidak perlu diubah.

“Kami bersetuju bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, telah mempertimbangkan pembelaan dengan teliti dan menjalankan analisis menyeluruh terhadap keterangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan.

“Selain itu mahkamah telah membuat penemuan yang memberi kesan bahawa pihak pembelaan tidak menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Kami tidak dapat membuat kesimpulan bahawa seperti yang disahkan oleh Mahkamah Rayuan adalah salah atau jelas,” kata Hakim Tengku Maimun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI