fbpx

Jokowi memberi nama Indovac untuk vaksin buatan BUMN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Honesti mengadakan sidang media bagi memulakan fasa 3 ujian klinikal vaksin Covid-19 di Semarang, Jawa Tengah - Antara Foto/Aji Styawan/Yu

JAKARTA – Presiden Joko Widodo (Jokowi) memberikan nama vaksin yang dikeluarkan oleh Badan Perusahaan Milik Negara (BUMN) iaitu Bio Farma sebagai Indovac (Vaksin Indonesia), lapor laman berita Merdeka.com kelmarin.

Pengarah Utama Bio Farma, Honesti Basyir mendedahkan nama vaksin yang dihasilkan sendiri itu telah diberi oleh Jokowi sebulan lalu.

Vaksin itu sementara ini dipanggil Vaksin BUMN.

“Kami sedang membina vaksin Covid-19 dengan nama BUMN tetapi sebulan lalu Presiden Jokowi sudah memberi namanya iaitu Indovac,” katanya di Kementerian BUMN. 

Syarikat tersebut menyasarkan vaksin yang dikeluarkan oleh BUMN akan mendapat kebenaran penggunaan kecemasan (EUA) daripada Agensi Penyeliaan Makanan dan Dadah (BPOM) pada awal September ini.

Honesti menjelaskan bahawa vakin Indovac dibina berasaskan teknologi asid deoksiribonukleik (DNA) rekombinan.

Pembangunan vaksin Covid-19 itu adalah hasil kerjasama Kolej Perubatan Universiti Baylor dalam menyediakan benih (15 peratus) dan dibangunkan di Bio Farma (85 peratus).

“Kita hampir selesai urusan pendaftaran di BPOM, hasilnya alhamdulillah,” jelasnya.

Beliau menyambung, proses percubaan klinikal vaksin Indovac melibatkan sekitar 3,000 sukarelawan. Pada masa ini, ia sedang menjalani ujian klinikal fasa tiga.”- Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI