fbpx

Hwichan dilarang guna media sosial?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HWICHAN

PEMINAT meluahkan rasa bimbang susulan perkongsian terakhir penyanyi Hwichan dalam media sosialnya yang kini sudah pun dipadamkan.

Sejak memulakan debut pada tahun lalu bersama kumpulan OMEGA X, penyanyi itu dan ahli lain tidak pernah gagal mengemas kini perkembangan terbaharu dan berkomunikasi dengan peminat hampir setiap hari.

Bagaimanapun, timbul kerisauan dalam kalangan peminat apabila sejak kebelakangan ini kemas kini kumpulan itu agak jarang dilakukan mereka.

Kali terakhir Hwichan menyapa peminatnya pada 12 Ogos lalu, malah peminat menyedari percubaan penyanyi itu melakukan siaran langsung ditamatkan secara paksa dalam masa 10 saat.

Sejurus kejadian itu berlaku, dia tampil menulis sesuatu kepada peminat dalam ‘fan cafe’ tetapi turut dipadam tidak lama kemudian.

Situasi tersebut meresahkan peminat yang mengandaikan bahawa akan berlakunya perpecahan kumpulan itu memandangkan agensi OMEGA X juga melarang mereka melakukan acara bertemu peminat dan panggilan video.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI