fbpx

EPL: Casemiro tidak sabar mulakan perjalanan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
casemiro diperkenalkan kepada para peminat United sejurus aksi menentang Liverpool berakhir awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Pemain baharu Manchester United, Casemiro diperkenalkan kepada peminat selepas perlawanan menentang Liverpool berakhir awal pagi semalam selepas melengkapkan perpindahan bernilai £70 juta (RM369.90 juta) dari Real Madrid.

Pemain antarabangsa Brazil itu menandatangani kontrak selama empat tahun dengan pilihan lanjutan kontrak 12 bulan dan meraih pendapatan mingguan sebanyak £375,000 (RM1.98 juta) di Old Trafford.

United sebelum ini mengesahkan bahawa mereka sudah mencapai kata sepakat bersama Real mengenai perpindahan ber­kenaan selain Casemiro juga bersetuju dengan terma peribadi yang diberikan.

“Saya sangat teruja untuk meneruskan karier saya bersama sebuah kelab besar seperti Manchester United. Peluang yang di­berikan untuk memulakan ca­baran baharu bersama kelab ini dan Liga Perdana Inggeris adalah sangat menakjubkan.

“Saya sudah beraksi dengan banyak pengurus yang hebat se­panjang karier dan apabila saya bertemu Erik (Ten Hag) dan mendengar ideanya, ia membuatkan saya tidak sabar untuk bersamanya dan seluruh staf serta rakan sepasukan lain.

“Saya mengakhiri perjalanan yang hebat di Madrid dan saya mahu memulakan sekali lagi perjalanan itu di Manchester dengan memenangi perlawanan, menjulang trofi dan membuatkan para penyokong berasa bangga.

“Semua orang tahu mengenai sejarah Manchester United. Untuk mewakili kelab ini adalah satu penghormatan dan saya sudah bersedia untuk memberikan segala-galanya bagi membantu pasukan mencapai cita-cita yang diinginkan,” katanya.

Casemiro sebelum ini membuat 336 penampilan dan meledak 31 gol bersama Real selain memenangi 18 gelaran termasuk lima trofi Liga Juara-Juara, tiga kejuaraan Piala Kelab Dunia dan tiga gelaran La Liga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI